Tuesday, 20 December 2011

rumah kampung di,Kuala Kangsar



Bagi rakyat Malaysia yang mempunyai kampung terutamanya di tempat yang betul-betul kampung, bukan Kampung Baru KL, sudah tentu mempunyai pengalaman yang berbeza jika dibandingkan dengan rumah dibandar. Biasanya perantau-perantau dari kampung datang ke bandar untuk mencari rezeki dan mengumpul duit untuk dibawa balik ke kampung. Memang terdapat kelebihan dan kekurangan tersendiri bagi rumah kampung dan rumah bandar mengikut citarasa individu.

Monday, 19 December 2011

Clifford School.



SMK Clifford, Kuala Kangsar ini berasal dari sekolah Melayu yang di dirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897 muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" dan di kenali juga sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan.

Taman Tasik,Taiping



Taiping yang terletak di negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Kelian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan cina "Tai-Peng" yang bermaksud aman selamanya. Taman tasik ini dikatakan berasal daripada bekas lombong bijih timah dan merupakan salah satu taman tasik yang tertua di negara kita. Ianya dibuka kepada umum sekitar tahun 1880. Permandangannya sungguh indah sekali kerana ianya berhadapan dengan Bukit Larut. Selain daripada taman bunga, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak serta berhampiran dengan Zoo Taiping. Taman Tasik Taiping sangat dikenali dengan permandangan pokok-pokok besar yang merentasi jalan menghala ke tasik. Indah dan mendamaikan, ia adalah lokasi yang paling sesuai untuk menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga tersayang.

Ban Pecah,Kuala Kurau,Perak



Pantai Ban Pecah dikenali oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Mukim Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda, Siakap, Pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini.Sang Suria meninggalkan satu panorama yang amat memukau jiwa. Jangan lepaskan peluang ini, kedatangan anda amat dialu-alukan.

Kuala Kangsar



Kuala Kangsar Bandar Diraja adalah merupakan ibukota kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan. Terletak kira-kira 48 kilometer ke selatan Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama dari muara Sungai Kangsar yang bertemu dengan Sungai Perak...