Monday, 19 December 2011
Taman Tasik,Taiping
Taiping yang terletak di negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Kelian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan cina "Tai-Peng" yang bermaksud aman selamanya. Taman tasik ini dikatakan berasal daripada bekas lombong bijih timah dan merupakan salah satu taman tasik yang tertua di negara kita. Ianya dibuka kepada umum sekitar tahun 1880. Permandangannya sungguh indah sekali kerana ianya berhadapan dengan Bukit Larut. Selain daripada taman bunga, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak serta berhampiran dengan Zoo Taiping. Taman Tasik Taiping sangat dikenali dengan permandangan pokok-pokok besar yang merentasi jalan menghala ke tasik. Indah dan mendamaikan, ia adalah lokasi yang paling sesuai untuk menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga tersayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment